Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 14 April 2016, bersamaan dengan 6 Rejab 1437H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah Jakim bersama dengan Jakim Cawangan Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menganjurkan Konvensyen Kepimpinan Islam Sarawak yang telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada para Guru-Guru Agama, Guru Takmir, Guru KAFA, Imam-Imam dan Pemimpin Masyarakat Islam Sarawak.
 
Objektif penganjuran konvensyen ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan Islam serta perkongsian idea dalam isu-isu semasa berkaitan Islam yang berlaku di Malaysia yang menjurus kepada isu akidah, syariah dan akhlak. Selain itu untuk memberi pendedahan dan penekanan kepada pemimpin masyarakat bahawa pengukuhan akidah dan pemahaman fiqh Jihad penting sebagai benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh menggugatkan keamanan dan keselamatan negara serta mencemarkan kesucian Islam serta mendedahkan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh umat Islam dalam suasana semasa. Tiga kertas pembentangan telah disampaikan dalam konvensyen berkenaan oleh penceramah jemputan iaitu:
 
1.         Tajuk : Jihad dan Keperluannya Pada Masa Kini Menurut Perspektif Fiqh Kontemporari
            Oleh  : YBrs. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman
                          Fello Fatwa Jakim
 
2.         Tajuk : Wasatiyyah Teras Keamanan Negara
            Oleh   : YBrs. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani
                          Timbalan Pengarah 1 Institut Wasatiyyah Malaysia
 
3.         Tajuk : Isu-Isu Keselamatan Negara
            Oleh  : YDH DSP Fadzlul Ridza
                          Cawangan Khas PDRM Bukit Aman
 
Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan Islam Sarawak yang julung kali diadakan ini telah berjaya disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Ismail bin Mohd Hanis, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani, Timbalan Pengarah 1 (Penyelidikan dan Penerbitan) Institut Wasatiyyah Malaysia.
 
konvenyen kepimpinan sarawak 1
 
konvenyen kepimpinan sarawak 2
 
konvenyen kepimpinan sarawak 3
 
konvenyen kepimpinan sarawak 4
 
konvenyen kepimpinan sarawak 5
 
konvenyen kepimpinan sarawak 6
 
konvenyen kepimpinan sarawak 7
 
konvenyen kepimpinan sarawak 8
 
konvenyen kepimpinan sarawak 9
 
konvenyen kepimpinan sarawak 10