Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan Bicara Daie Selebriti pada 28 April 2016 di Dewan Semarak Jati JKDM dengan membawakan topik perbincangan “Mencari Keberkatan”. Dengan kehadiran seramai 200 peserta yang terdiri daripada wakil Jakim, JKDM dan kementerian-kementerian lain, bicara ini menampilkan panel yang tidak asing lagi iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati, pensyarah Universiti Malaya dan Tuan Haji Shamsul “Ghau Ghau”.

Dalam mengupas tajuk tersebut, beberapa mutiara berharga yang dikongsikan oleh kedua-dua panel ialah:

  1. Keberkatan itu merupakan segala kebaikan dan pertambahan kebaikan yang datang daripada Allah
  2. Dua kunci utama untuk mendapat keberkatan yang emelimpah ruah adalah dengan beriman dan bertaqwa kepada Allah sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf 96
  3. Keberkatan juga diperolehi daripada musibah yang melanda, sebagai isyarat Allah mahu hambanya kembali kepadaNya
  4. Mencari keberkatan dalam pekerjaan memerlukan keihklasan dan kesungguhan.
  5. Jangan menghukum dengan persoalan berkat atau tidak pekerjaan seseorang, hakikatnya berkat itu milik Allah, sebaliknya, usaha mendisiplinkan diri haruslah sentiasa ditingkatkan
  6. Jangan leka dengan kesenangan dan kemewahan dunia, dikhuatiri sumber yang dianggap berkat bertukar menjadi istidraj
  7. Mengekalkan dan menggandakan kebaikan dengan mewujudkan persekitaran yang diredai seperti berkawan dengan kawan yang soleh, akrab dengan rumah-rumah Allah dan mendampingi ulama serta majlis ilmu.

Program Bicara Daie Selebriti berjaya mencapai objektif penganjuran iaitu memberi kefahaman dan kesedaran kepada penjawat awam dan masyarakat awam dalam usaha membentuk jati diri yang rabbani, rajin, proaktif dan dinamik dalam kehidupan seharian.

bicaradaeiselebriti jkdm 4

bicaradaeiselebriti jkdm 2

bicaradaeiselebriti jkdm 3