Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam dan amalan yang dituntut supaya dipraktikkan oleh seseorang ketua serta semua anggota perkhidmatan awam dalam urus tadbir negara ini. Ia juga merupakan mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan organisasi kerajaan. Melalui muhasabah diri setiap kita, saya percaya segala permasalahan dan kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan dalam perkhidmatan dan pentadbiran boleh diatasi dan diperbaiki.”

Demikian intipati teks ucapan Pengarah Bahagian Dakwah, Jakim yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Amran bin Awaluddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Inovasi, Bahagian Dakwah Jakim sempena Majlis Perasmian Penutup Simposium Hisbah Negara 2016 pada 18 Ogos 2016 di Dewan Semarak Jati, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya. Turut hadir menyampaikan ucapan alu-aluan ialah YDH Tuan Haji Mohd Yusof bin Ismail, Pengarah Cawangan Risikan, Bahagian Penguatkuasaan, JKDM.

Simposium ini telah disertai oleh 250 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai gred dan skim jawatan. Simposium ini diisi dengan tiga slot ceramah iaitu;

1. Maqasid Syariah : Peranan Hisbah Dalam Pentadbiran Negara

Oleh: YBhg Prof. Madya Dr.Syarifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya

2. “Mujahid Ekonomi”

Oleh : YBhg. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur

3. DAESH; Ancaman terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Oleh : YBhg. Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama JKDM dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP ini diadakan bagi memenuhi hasrat penganjuranya, iaitu mendedahkan konsep hisbah dalam Islam dan pentadbiran negara, seterusnya menjadi panduan kepada para pegawai dan anggota penguatkuasaan.

simposium hisbah 2016 1

simposium hisbah 2016 2

simposium hisbah 2016 3

simposium hisbah 2016 4

simposium hisbah 2016 5