Kurator Berita : Bahagian Dakwah

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".........

Begitulah ungkapan yang mungkin boleh digambarkan dengan kepayahan yang dilalui mereka. Namun berkat kesabaran dan doa seluruh rakyat Malaysia, mereka tabah menghadapinya. Mungkin dengan sedikit kunjungan sekadar bertanyakan khabar dapat melegakan penderitaan mereka.

Untuk itu, pada 28 Oktober 2016, Bahagian Dakwah Jakim melalui Unit Dakwah Bil Hal telah tampil menyantuni malah menyampaikan sedikit bantuan kepada mangsa dan pesakit termasuk kakitangan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang terlibat dalam tragedi kebakaran tempoh hari dan kini ditempatkan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, seramai 6 orang dari 7 orang pesakit yang ditempatkan di Wad ICU, HSA terkorban dalam kebakaran tersebut dan seorang pesakit dan beberapa kakitangan lain berjaya diselamatkan dan masih dipantau rapi dan diberi perhatian sewajarnya.

Program Ziarah Dakwah dan Penyampaian Sumbangan ini melibatkan hampir 40 orang pesakit yang diketuai oleh Ustaz Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim.

Majlis tersebut dimulai dengan taklimat ringkas dari Puan Rosmala binti Hj. Abu Yahya, Pegawai Penyelaras (hal ehwal islam) yang ditempatkan di HSI, JB ini, seterusnya dibawa melawat ke wad-wad yang menempatkan pesakit yang dipindahkan dari HSA dan kakitangan hospital yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Keceriaan jelas terpancar di setiap wajah pesakit yang dilawati, menunjukkan mereka senang menerima kunjungan ini dengan bertanyakan khabar berita mereka dengan diakhiri dengan penyampaian sedikit sumbangan wang tunai.

 

Hospital Sultanah Aminah 001

Hospital Sultanah Aminah 002

Hospital Sultanah Aminah 003 

Hospital Sultanah Aminah 004

Hospital Sultanah Aminah 005

Hospital Sultanah Aminah 006

 Hospital Sultanah Aminah 007

 Hospital Sultanah Aminah 008

 Hospital Sultanah Aminah 009

 Hospital Sultanah Aminah 010

Hospital Sultanah Aminah 011

 Hospital Sultanah Aminah 012

Hospital Sultanah Aminah 013