Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) Kali Ke-12 Tahun 1438H/ 2017M & Iftar@FELDA 2017

 

 Celcon sertai SDK 1

SDK Jakim telah menjayakan Mesyuarat SDK Jakim Kali Ke-12 Tahun 2017 yang merupakan siri kedua bagi tahun 2017 dan kali ke-12 sejak penubuhannya pada tahun 2013. Mesyuarat dilaksanakan pada 13 Jun 2017di Bilik Mesyuarat Utama FELDA, Aras 47, Menara FELDA, Platimun Park, No. 11 Persiaran KLCC, Kuala Lumpur sempena meraikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai hos mesyuarat pada kali ini. Merupakan tindakan lanjut hasil daripada Mesyuarat SDK Jakim Bil. 11/ 2017 yang telah diadakan pada 10 Februari 2017.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi SDK Jakim dan dihadiri oleh Wakil-wakil Tetap SDK Jakim yang mewakili 25 buah syarikat korporat Malaysia. Fokus utama perbincangan adalah berkisar tentang pelaporan pelaksanaan program dan gerak kerja persiapan program yang telah dilakukan sepanjang bulan Februari hingga Jun 2017. Mesyuarat turut mengalu-alukan kehadiran dua (2) orang wakil tetap daripada ‘ahli baru SDK Jakim’ iaitu CELCOM AXIATA BERHAD berkuat kuasa Jun 2017.

YBhg. Pengerusi turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli atas komitmen tinggi dan sokongan berterusan yang telah diberikan untuk menjayakan perancangan projek/ program/ aktiviti sepanjang penglibatan di bawah SDK Jakim sejak tahun 2013 sehingga 2017.

Pada akhir mesyuarat YBhg. Encik Anuar bin Malek, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA bersama meraikan semua ahli mesyuarat yang hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar@FELDA 2017 bersama wakil-wakil tetap SDK Jakim.
 
Celcon sertai SDK 12
 
Celcon sertai SDK 2
 
Celcon sertai SDK 3
 
Celcon sertai SDK 4
 
Celcon sertai SDK 5
 
Celcon sertai SDK 6
 
Celcon sertai SDK 7
 
Celcon sertai SDK 8
 
Celcon sertai SDK 9
 
Celcon sertai SDK 10
 
Celcon sertai SDK 11