Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Pada 11 Julai dan 12 Julai 2017 bersamaan 17 dan 18 Syawal 1438H, Jakim melalui Bahagian Dakwah iaitu Cawangan Inovasi dan Ketamadunan telah mengadakan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Siri 2 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Bengkel tersebut telah dikemudi dengan jayanya oleh penceramah yang dijemput khas dari Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pahang iaitu Puan Norkamawati binti Kamal dari MPK Pahang.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang penghasilan projek, bidang inovasi dalam KIK dan kriteria projek yang berpotensi untuk dikembangkan. Selain itu, peserta didedahkan dengan pemboleh daya pembangunan inovasi yang berkesan dan teknik seta kaedah penghasilan projek yang mantap. Pada hari kedua, peserta telah membentangkan hasil perbincangan kumpulan mengenai projek yang akan dilaksanakan mengikut kaedah Horizon Baharu. Peserta juga telah didedahkan dengan kaedah Design Thinking di mana kaedah ini merupakan satu pendekatan kontemporari yang memberi fokus kepada human atau user centric. Kaedah ini member penekanan yang tinggi kepada keperluan dan kehendak pelanggan dan dilihat penting untuk diadaptasikan dalam perkhidmatan awam mengambil kira kepentingan perspektif outside in.

Sesi bengkel yang dijalankan untuk kali kedua ini memfokuskan kepada bab dua iaitu teknik dan kaedah penghasilan projek. Pada hari terakhir, majlis penutup telah diadakan dan dihadiri oleh Ustaz Amran bin Awaludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim. Seterusnya, satu sesi penyerahan sijil kepada peserta dan penyampaian cenderahati kepada penceramah turut diadakan di akhir majlis tersebut.

 

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 1

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 2

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 3

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 4

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 5

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 9

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 8

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 6

Bengkel KIK Siri2Horizon Baru 7