“Projek Mudik Ke Hulu merupakan salah satu daripada tujuh program aktiviti dakwah yang dirancang dan menjadi komitmen Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Merupakan projek baharu yang diilhamkan hasil daripada kehendak dan keperluan kerajaan untuk menjadikan tahun 2017 sebagai Year of Delivery.Projek Mudik ke Hulu Pahang 2017 ini merupakan rangkaian anjuran bersama sembilan buah agensi yang terdiri daripada tujuh buah syarikat yang bernaung di bawah SDK Jakim iaitu DRBH, STMB, POS Malaysia, AFFIN Islamic, TNB, BSN dan TV Al-Hijrah dengan pelantikan Jakim selaku Ketua Penyelaras Projek dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang. Dijayakan pada 24 dan 25 September 2017 di Kampung Orang Asli (KOA) Rakoh, Pos Lenjang, Pahang dan KOA Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang.
Merupakan projek yang direka bentuk menggunakan acuan National Blue Ocean Strategy (NBOS), buat julung kalinya SDK Jakim melalui penjenamaan “Projek Mudik ke Hulu” bergabung misi dan matlamat bersama dengan “Projek Jiwa Murni” oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kerjasama Panglima 12 Briged Kem Wadieburn dengan 40 orang tentera untuk membina Surau KOA Rakoh.
Berita lanjut, sila layari link di bawah :
Video Projek - https://www.youtube.com/watch?v=znfa-f1fhx0&t=13s
Berita Langsung dari Kompleks Islam Putrajaya (minit ke 3.57) -
https://www.youtube.com/watch?v=OozeFMiHXTM&t=18s
Berita Al-Hijrah – https://youtu.be/R52vfsii9vY