Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 telah dianjurkan pada 14 November 2017 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Seminar ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dan ILIM, Institut Islam Hadhari, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seminar TAWIS ini merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Jakim dan pihak IPT.

Antara matlamat penganjuran seminar ini ialah mengetengahkan isu-isu semasa dan cabaran dalam bidang Tamadun Islam yang dihadapi pada hari ini, khususnya dalam aspek inovasi dalam era digital, serta mengumpul dan membentuk rangkaian cendekiawan ke arah pemerkasaan ketamadunan Islam di Malaysia.

Dengan tema “Tamadun Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi” Seminar dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Dato' Noor Aziah Mohd Awal. Hadir sama Pengarah Bahagian dakwah Jakim, Tuan Haji Mazlan Abdullah.

Antara tokoh yang hadir dan berkongsi kertas kerja pada seminar ini ialah:

 

YBhg Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tajuk: Peranan Media Baharu dalam Memacu Peradaban Islam yang Berinovasi

 

YBhg Dato' Haji Mohd Yusof bin Din, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia

Tajuk: Pendekatan Wasatiyyah dalam Membina Tamadun di Malaysia

 

YBhg Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tajuk: Cabaran Akidah dalam 4IR

 

YBhg Prof. Dr. Zaid Ahmad, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tajuk: Nilai Kemanusiaan dalam 4IR

 

Selain itu, sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan dalam empat sesi pembentangan selari pada sebelah petang. Seminar ini dihadiri lebih daripada 250 terdiri daripada mahasiswa, pensyarah, penjawat awam, wakil dari NGO dan masyarakat awam.

tawis2017 01

tawis2017 02

tawis2017 03

tawis2017 06

tawis2017 07

tawis2017 09

tawis2017 10

tawis2017 11

tawis2017 12