Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Jakim melalui Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, Bahagian Dakwah telah bekerjasama dengan Bahagian Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Kursus Smart Insani Siri 2/2018 pada 10 hingga 12 April 2018 untuk rekrut baru, Bahagian Penguatkuasaan DBKL bertempat di Dhe Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Seramai 48 orang rekrut baru terlibat dalam kursus ini. Dua orang daripada peserta merupakan non-Muslim. Kursus ini memberi pengetahuan tentang ilmu-ilmu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak selari dengan prinsip dan nilai-nilai integriti.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen peserta dalam memperkukuhkan kerjasama cintakan organisasi serta memperkukuhkan daya kepimpinan dan memantapkan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Semoga Kursus ini dapat memberi input yang baik kepada peserta di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara DBKL dengan Jakim melalui penganjuran program yang seumpama ini.
 
smart insani dbkl 2 1
 
smart insani dbkl 2 3
 
smart insani dbkl 2 4
 
smart insani dbkl 2 5
 
smart insani dbkl 2 6
 
smart insani dbkl 2 7
 
smart insani dbkl 2 2