Kurator Berita : Bahagian Dakwah

JAKIM dengan kerjasama Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) menganjurkan Simposium Motivator dan Trainer Muslim 2018 pada 24 dan 25 Julai 2018  bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Penganjuran yang julung-julung kali diadakan ini membuka lembaran baru kepada para perunding latihan atau motivator muslim untuk terus mengembangkan industri pembangunan modal insan sebagai platform dakwah dan meningkatkan tahap profesionalisme seiring dengan semangat Malaysia Baharu. Dengan tema “Memperkasakan Idealisme, Memperkasakan Profesionalisme”, para motivator dan perunding latihan dari pelosok tanah air berkongsi pengetahuan, kemahiran dan idea bersama peserta yang dianggarkan 500 orang.

Simposium Motivator dan Trainer Muslim 2018 dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh pada 25 Julai 2018. Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.

Tujuan utama penganjuran Simposium Motivator dan Trainer Muslim 2018 ialah membantu dan memandu penceramah-penceramah motivasi agar dapat memastikan segala kaedah dan kandungan yang dipersembahkan adalah sahih dan tidak terkeluar daripada aqidah, syariah dan akhlak Islam berdasarkan Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Program dua hari ini menampilkan tokoh-tokoh dan personaliti popular tanah air seperti SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pengucaptama simposium, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Penasihat TAMRIN, YBrs. Tuan Hj. Fadzli bin Yusof, Presiden TAMRIN, Saudara Amin Idris, Naib Presiden TAMRIN, YBhg. Datuk Prof. Dr. Muhaya binti Hj. Mohamad, Prof. Muhaya Eye & LASIK Centre (PMELC), Imam Muda Ashraf dan lain-lain lagi.
 
simposium motivator2018 15
 
simposium motivator2018 17
 
simposium motivator2018 7
 
simposium motivator2018 16
 
simposium motivator2018 9
 
 
 
simposium motivator2018 2
 
simposium motivator2018 3
 
simposium motivator2018 14
 
simposium motivator2018 5
 
simposium motivator2018 4
 
 
 
simposium motivator2018 6
 
 
 
simposium motivator2018 8
 
simposium motivator2018 1
 
 
simposium motivator2018 11
 
simposium motivator2018 12
 
simposium motivator2018 13