Kurator Berita : Bahagian Dakwah

"PENGISYTIHARAN 3 KAMPUNG ANGKAT SDK JAKIM DI NEGERI SABAH TAHUN 2018"

 

3.1jpg

“…Tujuan dakwah kita itu kita sematkan di hati ya…kita rasa bagaimana susahnya orang-orang kampung ini lalui, masalah mereka dan apabila kita hayati masalah mereka, barulah kita dapat memikirkan apa yang terbaik (yang) kita boleh buat untuk mereka. Kalau sekiranya pemimpin tidak sanggup turun padang, kalau sekiranya pemimpin hanya setakat 'potong ribbon', maka arah dan hala tuju tidak dapat dirasai oleh semua yang bergerak dan melaksanakan tugas di (peringkat) akar umbi. Semangat penghayatan itu perlu daripada atas ke bawah, perlu dihayati daripada pucuk pimpinan hinggalah kepada semua yang berada di (peringkat) akar umbi. Tidak cukup kalau di akar umbi mahukan sesuatu tetapi yang di atas tidak menghayati perkara tersebut.

 

 

Bersama-sama berada di akar umbi membuat kita memahami dengan mendalam sekali. Jadi, sebab itu saya amat gembira apabila saya mendapat maklum balas, maklumat berkenaan aktiviti/ pengisian program ini...Ia merupakan program yang harus disokong oleh kami di atas supaya semua dapat merasakan bahawa kerja ini bukan setakat kerja suka-suka, bukan sekadar menghabiskan masa hujung minggu dan apabila kita meletakkan tempoh dua (2) tahun jangka masa menjadi Kampung Angkat SDK JAKIM, ini memberi satu implikasi bahawa kita komited untuk membantu long term/ jangka masa panjang. Bukan orang kata ‘touch & go’. Sesungguhnya usaha dakwah ini tak boleh ‘touch & go’ (sifatnya). Jika ini berlaku, kita tidak akan dapat merasai kesan hasil kerja kita. Sebab itu, apabila ada pihak korporat yang sanggup memberi bantuan dan sumbangan maka seharusnya kita manfaatkan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Ini perkara yang amat-amat saya sokong dan alu-alukan daripada semua pihak yang ingin membantu kita.”

 

Transkrip Ucapan Perasmian Pelancaran Ekspedisi Maal Hijrah 1440H ~ Projek Mudik Ke Hulu Sabah 2018 oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), 14 September 2018 (Jumaat), Masjid Ar-Rahman Kampung Jawa Sumbiling, Tenom, Sabah

 

13 - 16 September 2018/ 3 - 6 Muharram 1440H (Khamis - Ahad) : Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM (Bahagian Dakwah JAKIM selaku urus setia, TNB, DRBH, STMKB, BMMB, MAB, PETRONAS, PNB) dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (YTMAIWP) telah menjayakan pelaksanaan Ekspedisi Maal Hijrah 1440H ~ Projek Mudik Ke Hulu Sabah 2018 di tiga (3) buah kampung yang terletak di kawasan pedalaman di daerah Tenom dan Ranau, Sabah. Kampung-kampung tersebut diisytiharkan sebagai Kampung Angkat SDK JAKIM dalam tempoh dua (2) tahun di samping 15 aktiviti/ pengisian yang lain. Berikut merupakan foto-foto pelaksanaan projek untuk menggambarkan perjalanan ekspedisi projek tersebut :

 

1.9jpg

Pra-pelaksanaan projek : 5 siri mesyuarat penyelarasan dan 2 siri lawatan ke lokasi projek

4.1jpg

Hari Pertama : Pelepasan di KLIA2 - Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu - Transit di kawasan kaki bukit -                     Banjaran Croker & Transit di Masjid Jamek Kampung Melagui Papar - Transit p

5.1jpg

Hari Pertama : Sesi Ta'aruf, Taklimat Pelaksanaan Projek & Penyerahan Travel Kit Peserta 

7.1jpg

(i) Majlis Perasmian Pelancaran Projek, (ii) Pengisytiharan Kampung Angkat SDK JAKIM - Kampung Jawa Sumbiling, Tenom, Sabah & (iii) Penyerahan dana sumbangan untuk keperluan penyambungan saluran air poly pipe sepanjang 500 meter dari masjid ke tanah perkuburan kampung, pembelian dan pemasangan spot light dan kipas di Dewan SK Kpg Jawa Sumbiling & dana bantuan pelaksanaan Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Tenom Tahun 2018 - 2019

 

Video Memorabilia Projek - Sila klik https://www.youtube.com/watch?v=Zuk_K3M3LY4