Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Khamis, 4 April 2019 - JAKIM dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan Yaasin4AQSA bagi mendoakan agar masjid ketiga suci bagi umat Islam itu bebas daripada cengkaman tentera zionis.
 
Program ini juga dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam khususnya rakyat Malaysia agar sama-sama dapat menyelami perasaan dan penderitaan rakyat Palestin yang ditindas.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan turut sama dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim dan Presiden MAPIM Encik Mohamad Azmi bin Abdul Hamid.
 
Selain bacaan Yaasin, dalam majlis itu juga telah diadakan solat hajat memohon agar penindasan terhadap rakyat Palestin berakhir. Solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Hj Ismail bin Haji Mohamad.
 
Yaasin4AQSA 1
 
Yaasin4AQSA 2
 
Yaasin4AQSA 3
 
Yaasin4AQSA 4
 
Yaasin4AQSA 5
 
Yaasin4AQSA 6
 
Yaasin4AQSA 7
 
Yaasin4AQSA 8
 
Yaasin4AQSA 9
 
Yaasin4AQSA 10
 
Yaasin4AQSA 11