Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Putrajaya- 13 April 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah berjaya menganjurkan program Street Dakwah di Kuantan Pahang sempena Jelajah Dakwah Karnival Rahmah Pahang. Program ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Program Street Dakwah atau dakwah jalanan merupakan salah satu platform untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada masyarakat Muslim dan belum Islam. Menerusi street dakwah ini pelbagai isu tentang Islam dapat dikenal pasti dan penerangan akan dibuat untuk memperbetulkan salah tanggapan tentang Islam terutamanya kepada masyarakat non-Muslim di luar sana sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud , “Sampaikan dariku walaupun satu ayat”.

Street Dakwah merupakan salah satu metod yang sesuai untuk berdakwah dengan berkesan, Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan perasmian sempena program tersebut telah menyarankan agar semua umat Islam wajib berdakwah kepada warga bukan Islam di seluruh negara.

Secara umumnya program ini berasaskan kepada objektif seperti berikut:
 
I. Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam dan mengenal pasti apakah tanggapan mereka terhadap agama Islam.
II. mewujudkan jaringan dakwah antara agensi kerajaan dan badan-badan NGO
III. Merapatkan hubungan masyarakat Islam dengan bukan Islam.
 
 
Hasil daripada dialog street dakwah ini, didapati masyarakat non-Muslim masih mempercayai bahawa semua agama ini adalah sama dan mereka juga berpandangan bahawa Islam hanya eksklusif untuk orang Melayu sahaja sebagaimana agama Hindu untuk orang India dan agama Buddha untuk orang-orang Cina. Mereka juga masih keliru dalam membezakan antara ajaran agama Islam dengan budaya dan adat orang Melayu. Selain itu, ada juga warga bukan Islam berpendapat bahawa kitab suci Al-Qur’an tidak boleh diberi kepada non Muslim untuk mereka melihat dan memegang al-Qur’an bagi tujuan mengenali Islam dengan lebih dekat.
 
Sempena program ini juga, pihak urusetia program Street Dakwah telah mengedarkan pamphlet dalam pelbagai bahasa dan terjemahan al-Qur’an untuk individu yang berminat mendalami ajaran Islam dengan lebih lanjut.
 
Program Street Dakwah Pahang 1
 
Program Street Dakwah Pahang 2
 
Program Street Dakwah Pahang 3
 
Program Street Dakwah Pahang 4
 
Program Street Dakwah Pahang 5
 
Program Street Dakwah Pahang 6
 
Program Street Dakwah Pahang 8
 
Program Street Dakwah Pahang 9
 
Program Street Dakwah Pahang 10
 
Program Street Dakwah Pahang 11