Kurator Berita : Bahagian Dakwah
BANGI, 29 hingga 30 April 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Muhadharah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi. Muhadharah ini telah dihadiri oleh seramai 111 orang PPMD dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Objektif muhadharah ini adalah bagi mewujudkan medium pertemuan pihak Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM dengan para PPMD daripada seluruh negara untuk berkongsi hasrat dan amanat secara khusus berkaitan hala tuju pentadbiran Islam di bawah kerajaan era Malaysia baharu.

Muhadharah yang berlangsung selama dua hari ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah dan diteruskan lagi dengan sesi ceramah Rahmah:Rujukan Kepada Sumber-Sumber Asas Islam yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ali bin Muda, Pegawai Tugas-Tugas Khas II Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada hari kedua pula, muhadharah dimulakan dengan sesi Semakan Buku Rekod Perkhidmatan PPMD melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM. Seterusnya sesi muhadharah diteruskan dengan amanat pengurusan tertinggi JAKIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM dengan tajuk Melebar Risalah Menyantuni Ummah. Muhadharah diteruskan lagi dengan sesi amanat Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk: Ke Arah Negara Rahmah : Peranan PPMD dan Cabaran Semasa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah binti Salleh.

Majlis penutupan muhadharah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan menyampaikan amanat bertajuk : Gagasan Pentadbiran Islam Era Malaysia Baharu.
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 1
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 2
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 3
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 4
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 5
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 6
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 7
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 8
 
Muhadharah PPMD Kebangsaan 9