Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Kunjungan Hormat Bahagian Dakwah JAKIM ke Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

23 Mei 2019 (Khamis) - Bahagian Dakwah Jakim yang diketuai oleh YBhg. Ustaz Kharunna'im bin Ramli Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disertai oleh 4 orang pegawai Bahagian Dakwah. Kunjungan ini disambut baik oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Azman bin Ab. Rahman Dato' Timbalan Pengarah INFAD.

Objektif Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mendapat dan membincangkan maklumat berkaitan dakwah khusus kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) . Disamping menjadi platform bagi menambah baik dan mengembangkan bahan yang sedia ada menjadi garis panduan atau modul fiqh OKU. Selain itu mewujudkan kolaborasi yang mantap dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah terhadap OKU.
Moga dengan kunjungan hormat ini memantapkan lagi hubungan dua agensi.
 
 
Kunjungan Hormat Bahagian Dakwah Ke INFADUSIM 1
 
Kunjungan Hormat Bahagian Dakwah Ke INFADUSIM 2
 
Kunjungan Hormat Bahagian Dakwah Ke INFADUSIM 3
 
Kunjungan Hormat Bahagian Dakwah Ke INFADUSIM 4