Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 25 Sehingga 27 Jun 2019, Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam, ILIM bersama Bahagian Dakwah Jakim melalui Kefahaman Islam, Seksyen Orang Asli telah mengadakan satu Kursus Ruqyah Syar’iyah untuk Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA). Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta seramai 30 orang PMOA daripada seluruh Malaysia diberikan pengisian oleh penceramah dari Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia, Darussyifa’ Bangi.
 
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan kepentingan perubatan Islam sebagai bekalan diri setiap PMOA. Selain itu, ia juga merupakan antara method dakwah yang boleh digunakan oleh PMOA dalam usaha menyebarkan dakwah di perkampungan Orang Asli.
 
Pada akhir kursus ini, satu majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh YBhg Ustaz Aziz bin Mohamad , Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim dan turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Kanan, Institut Latihan Malaysia (ILIM), Ustazah Hajah Zawanah binti Muhammad. Secara keseluruhannya, para peserta sangat gembira dengan ilmu yang sangat bermanfaat untuk mereka dan mengharapkan kursus seumpama ini boleh dipanjangkan kepada PMOA lain pada siri akan datang.
 
Kursus Ruqyah Syariah PMOA 2019 1
 
Kursus Ruqyah Syariah PMOA 2019 2
 
Kursus Ruqyah Syariah PMOA 2019 3
 
Kursus Ruqyah Syariah PMOA 2019 4
 
Kursus Ruqyah Syariah PMOA 2019 5