Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, 24 JULAI 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Rahmah 2019 Kali ke 2 / 2019 di Dewan Syura, Kompleks Islam Putrajaya.

 

Mesyuarat ini telah diwakili oleh 12 Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil dari beberapa buah Kementerian dan Perbadanan Putrajaya. Mesyuarat Jawatankuasa Induk ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Mesyuarat pada kali ini telah diadakan bertujuan untuk mendapatkan laporan bagi status terkini pelaksanaan Karnival Rahmah 2019 di peringkat Jawatankuasa Pelaksana.

 

 

Karnival ini diharap bukan sekadar mengeratkan hubungan pelbagai Agensi Kerajaan, Swasta, NGO dan memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan rakyat di negara ini, tetapi diharapkan agar melalui karnival ini dapat menjelaskan secara langsung gagasan Rahmatan lil Alamin yang di laksanakan oleh kerajaan.

 

WhatsApp Image 2019 07 25 at 06.35.18

 

 

WhatsApp Image 2019 07 25 at 06.35.17 5

 

WhatsApp Image 2019 07 25 at 06.35.17 6

 

WhatsApp Image 2019 07 25 at 06.35.17 3

 

WhatsApp Image 2019 07 25 at 06.35.17 1