Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KUALA KUBU BHARU, SELANGOR (8 SEPTEMBER 2019) - JAKIM melalui Bahagian Dakwah sekali lagi telah berjaya menganjurkan program ziarah mahabbah ke perkampungan masyarakat India di Kerling, Kuala Kubu Bharu Selangor. Program tersebut telah berjalan selama sehari. Antara aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut adalah seperti gotong royong surau dan ziarah rumah ke rumah kaum India yang terdapat di kawasan estet terbabit. Selain itu, sumbangan berbentuk barangan dapur juga turut diagihkan dan dihulurkan kepada kaum India mualaf dan bukan Islam yang memerlukan sebagai usaha meringankan beban mereka serta tanda kasih sayang sesama insan.

 

Program ini juga diadakan selaras dengan objektif yang ingin dicapai iaitu mewujudkan hubungan dan merapatkan jaringan ukhuwah antara orang Islam dengan masyarakat bukan Islam, menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam dan sebagai platform mengenal pasti tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam di samping memperbetulkan salah faham yang berkaitan dengan Islam secara tidak langsung melalui pendekatan konsep rahmah.

 

Program ini telah mendapat kerjasama daripada agensi agama seperti Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor dan Badan Bukan Kerajaan (NGO ) seperti Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Serendah dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3). Program ini juga telah mendapat sambutan dan penerimaan yang amat baik daripada masyarakat India yang tinggal di estet tersebut. Program sebegini dilihat bukan sahaja menyantuni kaum India bahkan menjadi medan dalam menyebarkan risalah dakwah kepada kaum yang belum mengenali agama Islam sebagai agama rahmat untuk semua.

 

ZIARAH MAHABBAH KE RUMAH KAUM INDIA DI ESTET KUALA KERLING

1 copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy

RAMAH MESRA BERSAMA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG KAUM INDIA

2 copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy

 

GOTONG ROYONG SURAU LADANG JERNIH DI ESTET KERLING  

3 copy copy copy copy copy copy copy copy copy

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANGAN DAPUR KEPADA KAUM INDIA

4 copy copy copy copy copy

 

SUKARELAWAN AGENSI AGAMA DAN NGO YANG TURUT SERTA DALAM PROGRAM

5 copy copy copy copy