Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KEPALA BATAS, PULAU PINANG (17 SEPTEMBER 2019) - Telah berlangsung Simposium Dakwah Media Baharu dengan tema Media Sosia l: Budayakan Rasa Tanggungjawab. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Antara pengisian program Simposium Dakwah Media Baharu pada kali ini adalah berkisar tentang pengetahuan mengenai jenayah siber yang merupakan ancaman kepada keharmonian dan kesannya dari sudut perundangan yang disampaikan oleh Insp. Mohd Shahrizan bin Samsudin dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Seberang Perai Utara Pulau Pinang. Manakala dalam sesi yang kedua peserta didedahkan kepada perkembangan dakwah di era digital yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Muhamad Daud dengan tajuk Rejuvanasi Dakwah Era Digital.

Simposium disemarakkan lagi dengan Forum Media Baharu dengan tajuk Di Mana Rahmah Media Sosial. Isu-isu media sosial yang dikupas oleh dua (2) orang panel daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. Azmi bin Aziz dan Dr. Ishak bin Abd Rahman. Seramai lebih kurang 600 orang telah menghadiri simposium ini mendapat manfaat hasil perkongsian ilmu dalam simposium pada kali ini. Moga dakwah islamiyah terus berkembang dan lebih efisyen dengan adanya platform baru yang sangat realistik dengan arus perdana.

 

WhatsApp Image 2019 09 19 at 16.28.33

 

WhatsApp Image 2019 09 19 at 16.28.32

 

WhatsApp Image 2019 09 20 at 18.47.02