Kurator Berita : Bahagian Dakwah

BUTTERWORTH, PULAU PINANG (20 NOVEMBER 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Bahagian Penerbitan telah melancarkan 10 siri 'Buku Rahmah' bagi memberi kefahaman menyeluruh kepada orang ramai mengenai konsep Rahmatan Lil-alamin.

 

Semua siri buku yang dihasilkan oleh 10 ahli akademik dari universiti awam dan agensi kerajaan itu mengandungi artikel yang membahaskan secara jelas mengenai konsep Rahmatan Lil-alamin daripada pelbagai bidang. Menerusi buku ini masyarakat akan lebih memahami konsep rahmah yang digabungkan dengan pelbagai bidang ilmu antaranya berkaitan tadbir urus, sosioekonomi, pengurusan masjid, kemasyarakatan, pengurusan orang kurang upaya (OKU) dan alam sekitar.

 

10 siri Buku Rahmah tersebut ialah :

  1. Konsep Rahmah Satu Pengenalan oleh Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusuf
  2. Konsep Rahmah Dalam Tadbir Urus oleh Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
  3. Konsep Rahmah Dalam Pengurusan Alam Sekitar oleh Datuk Professor Dr. Azizan binti Baharudin
  4. Konsep Dan Aplikasi Rahmah Dalam Muamalat Kewangan Semasa oleh Dr. Zaharudin bin Abd.Rahman
  5. Konsep Rahmah Dalam Pengurusan Orang Kelainan Upaya oleh Professor Madya Azman bin Abdul Rahman
  6. Konsep Rahmah Dalam Perundangan Dan Kehakiman Syariah oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar
  7. Konsep Rahmah Dalam Pengurusan Masjid oleh Tuan Haji Aziz bin Muhamad
  8. Konsep Rahmah Dalam Kehidupan Masyarakat Majmuk oleh Tuan Haji Nik Omar bin Nik Aziz
  9. Konsep Rahmah dalam Sosioekonomi oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
  10. Konsep Rahmah Dalam Institusi Keluarga oleh Dr. Mohd Izwan bin Yusuf

 

Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Mujahid bin Yusoff, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada pelancaran itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajah Fuziah Salleh dan Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

 

Buku tersebut akan menjadi sumber rujukan kepada pembuat dasar, pendakwah, pendidik dan pelajar untuk menyebar luas konsep negara Rahmah yang memperjuangkan enam nilai iaitu ramah, aman damai, mesra, alami, hormat menghormati dan harmoni kepada masyarakat.

 

69628301 1507369242753505 8868870113462321152 n

75627426 1507369149420181 5306921707594842112 n

78430417 1507369306086832 5299691529583984640 n