MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA (20 NOVEMBER 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Abdullatif Al Fozan Award (AFAMA) Arab Saudi telah menganjurkan Bengkel Masjid Rahmah di Dewan Syeikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Majlis Perasmian Pembukaan Bengkel Masjid Rahmah ini telah disempurnakan oleh YBrs. Nor Azamir Bin Hj Alias, Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut ialah YBrs. Prof Mashary al-Naim, Setiausaha Agung, AFAMA dan YBrs. Prof. Dr. Abdul Razak Sapian, Dekan Kuliyyah Architecture and Environmental Design, UIAM.
Bengkel yang telah berlansung selama 1 hari ini telah dianjurkan bertujuan untuk:
- Berkongsi pengalaman pengurusan dan pentadbiran Masjid di Malaysia;
- Bertukar pendapat dan idea kepakaran berkaitan rekabentuk Masjid di Malaysia dan luar negara;
- Berkongsi minat dan menyebar kajian mengenai prinsip reka bentuk dan inovasi seni bina masjid moden di Malaysia dan dari seluruh dunia;
- Berkongsi pengalaman berkaitan Masjid yang mengamalkan teknologi hijau dan mesra alam seluruh dunia.
- Malaysian Mosque Qualification Standard : Assessment of Masjid Rahmah Malaysia oleh Prof. Dr. Aderi Che Noh, Department of Islamic Studies, Faculty Human Science, Sultan Idris Education University, Perak, Malaysia.
- Notes on the Contemporary Mosque oleh Prof. Wael Samhouri, Faculty of Architecture, University of Damascus, Damascus, Syria.
- Managing Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia oleh Datuk Haji Abdul Jamal bin DSP Tun Dr. Haji Sakaran, Pengerusi, Masjid Bandaraya Likas, Sabah.
- Transformation and Identity oleh Prof. Fuad Malick, Pro Vice Chancellor, Professor and Chair Department of Architecture, BRAC University, Bangladesh.




