Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (5 DISEMBER 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Sekretariat Rahmah, Bahagian Dakwah telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Bajet Khas Belanjawan 2020 Advokasi Dasar Rahmatan Lil Alamin. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:

  1. Merancang agihan Bajet Khas Belanjawan 2020 dengan berkesan berpandukan fungsi kluster;
  2. Menghasilkan perincian bajet bagi program / aktiviti mengikut fungsi kluster;
  3. Membentuk kerjasama Interagensi melalui kerjasama dalam pelaksanaan program/aktiviti;
  4. Melicinkan proses penyelarasan bajet di peringkat induk & interagensi.

Taklimat Bengkel telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Aziz bin Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah. Seramai 45 orang mewakili Bahagian-bahagian di Jakim dan wakil Agensi Agama di Bawah JPM yang hadir ke Bengkel tersebut.

 

0a15c205 b5ec 49a0 8931 bc974fcb13a2

  

6ebc698e b942 4c78 9b9b 24001a0832b8

 

345ee571 816a 445b b690 29df99797832

  

 

e5e819b8 51b2 4d65 ab4b c34c806d1352

 

55e44962 8201 4b8f 8afb 1bcb36ea911c

 

5cec2e0b f61e 4b09 8c13 6f0de782bdb1 copy