Kurator Berita : Bahagian Dakwah

TEMERLOH, PAHANG (18 - 19 JULAI 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Masjid Temerloh Jaya telah menganjurkan Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera. Program ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang menyasarkan masyarakat setempat Temerloh, Pahang yang terdiri daripada golongan wanita, belia dan anak-anak muda. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar kawasan Temerloh, Pahang.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Masjid Temerloh Jaya.

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang dengan diiringi oleh Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jakim dan Tuan Haji Zakaria Bin Mohamad, Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang.

Program yang dirancang ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengahyatan Islam dalam kalangan komuniti setempat. Di samping itu, ia bertujuan untuk mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Pengisian dan aktiviti yang mengetengahkan konsep dakwah seperti ini akan dijadikan satu platform untuk meningkatkan bukan sahaja ilmu dan kefahaman malah memupuk kesejahteraan masyarakat selaras dengan fungsi Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan kegiatan dakwah di peringkat pusat.

 

58092d38 9e62 45bc ae40 2d611c405381

 

a7f9d7ba 691e 4a30 9c3d 8c7986b07cc9

 

cfdbd06e e93f 4335 a1a7 3b52895b1d91 1

 

949483de 45eb 4fac a8c4 0bd4e1fca7d3

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 11.53.55

 

1b3a880d 19a3 4f11 a9f7 691dd845b761

 

ed819971 be83 49f3 98b3 14b97b6afb6d

 

21732898 1aee 4134 b942 bb024ed6b8d9

 

21ebf29c 4b99 4f9f 89f1 45e8eb464749

 

8542f275 c564 4b0a b831 77a73db970d7

 

24359821 f699 461e 990a 6e8ea896d785