Kurator Berita : Bahagian Dakwah

BANDAR TASIK SELATAN (23 DAN 24 OGOS 2020) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan selama 2 hari ini adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan ilmu penghayatan Islam dengan menerapkan cara hidup berasaskan Syariah, akhlak Islami serta memantapkan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  • Mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan;
  • Menjadikan aktiviti dakwah sebagai satu platform untuk meningkatkan kesejahteraan Masyarakat.

Pelbagai pengisian program telah dirangka antaranya program kepada wanita, belia dan penduduk setempat. Majlis Perasmian bagi program yang berlangsung selama 2 hari ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jakim.

Turut hadir di Majlis Perasmian tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan YBrs. Ustaz Mohamad Ariff bin Abdul Samat, Pengerusi Masjid Al-Muqarrabin.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 30 orang penerima Tabung Musaadah Jakim dan Foodbank JAWI serta pelancaran Skuad Sukarelawan Masjid Al-Muqarrabin.

Skuad sukarelawan seramai 15 orang yang telah diwujudkan oleh pihak pengurusan masjid ini berfungsi antaranya untuk menjadi perantara pihak masjid dan komuniti setempat, seperti penyaluran maklumat mengenai golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan asnaf.

 

makcik2

 

13

 

13.1

 

12

 

11

 

10

 

6

 

4

 

3

 

1