Kurator Berita : Bahagian Dakwah

PENGKALAN CHEPA, KELANTAN (3 - 5 SEPTEMBER 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, dengan kerjasama Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengadakan Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera peringkat Negeri Kelantan 2020. Program ini diadakan di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

 

Penyampaian Mock cheque dari YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan bagi Peruntukan Imbuhan Iman, Elaun Guru takmir dan bayaran kan khas “one-off” RM500.00 kepada Imam, Bilal (Muazzin) dan Siak serta Guru Takmir Negeri Kelantan tahun 2020 sebanyak RM 15,654,600.00. Turut disampaikan Sumbangan Dana Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Wakaf Malaysia kepada Saham Wakaf MAIK bagi tujuan Pembangunan Pondok Bunut Payong.

 

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan Islam berasaskan syariah dan akhlak Islami serta memantapkan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan perkongsian strategik antara jabatan kerajaan, agensi dan NGO bagi menjadikan aktiviti dakwah seperti ini sebagai satu platform untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

 

Program ini mengandungi beberapa aktiviti seperti berikut:

  • Bicara Murabbi Ummah yang disampaikan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kehadiran peserta seramai 400 orang terdiri dari pegawai masjid, imam dan guru takmir. Intipati ceramah tersebut berkaitan tanggungjawab pegawai masjid dan guru takmir kepada masyarakat.
  • Siaran Langsung dan Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 berkisarkan tentang kemerdekaan dan perpaduan. Barisan panel yang ditampilkan adalah Ustaz Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Prof. Madya Dato' Ustaz Taib Azamudden Md Taibdan
  • Siaran langsung solat Jumaat dari Masjid As-Salam Pengkalan Chepa di TV1. Khatib Jumaat adalah Al Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
  • Program Al-Qawiyyul Amin iaitu bicara santai dengan moderator adalah Ustaz Hariri bin Mohmad Daud beserta panel YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Ustaz Nasruddin bin Mahmad Muhaidin, merupakan Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan. Audian adalah merupakan golongan belia sekitar Kariah Masjid As-Salam. Bual bicara santai ini mengupas berkaitan isu-isu semasa belia.
  • Program Wanita Anggun Bidadari Syurga. Program berbentuk forum ini moderatornya terdiri daripada Ustaz Mohd Zarifi bin Mohamad Daud bersama ahli panel iaitu YB Dato’ Hajjah Mumtaz binti Md Nawi, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, manakala panel kedua iaitu Puan Ilvira Mohd Dasuki, Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan. Isi forum berkisarkan hal ehwal wanita dalam Islam. Peserta program seramai 200 orang yang hadir dari golongan wanita-wanita setempat.
  • Program Cuci-Cuci Masjid, iaitu satu pengisian khidmat komuniti bersama masyarakat melalui gotong-royong bersama penduduk dan sukarelawan untuk membersihkan kawasan Masjid Mukim Sabak.
  • Program Wacana Ummah dengan tajuk Ummah Rabbani Negara Harmoni. Program berbentuk forum dengan moderator terdiri dari Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah dengan panel iaitu Ustaz Haji Mokhtar bin Yaacob, mantan Pegawai Agama Felda Gua Musang berserta Ustaz Dr. Mohd Azhar bin Abdullah, Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
  • Pameran berinformasi dari agensi-agensi agama bagi memberi maklumat dan gambaran mengenai fungsi dan peranan yang diberikan kepada masyarakat.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut mengiringi bagi majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM serta Al Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Turut hadir bersama menjayakan majlis tersebut ialah YBrs. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM dan Al Fadhil Tuan Haji Osman bin Mat Zin, Imam Tua, Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan.

 

Dalam Majlis Perasmian Penutup turut menyaksikan beberapa penyampaian sumbangan iaitu:

  • Sumbangan Kamera Go Pro kepada seramai 15 orang Pegawai Agama Jajahan dan Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan. Kamera ini diharap akan dapat melicinkan usaha dakwah bil hal secara online di Negeri Kelantan.
  • Sumbangan Foodbank YaPEIM kepada golongan asnaf bagi meringankan beban sara hidup.
  • Sumbangan Foodbank Yayasan Waqaf Malaysia kepada golong asnaf yang memerlukan.

 

Semoga program sepanjang 3 hari bertempat di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa ini dapat memberi manfaat kepada masyarat setempat.

 

1

 

 

2

 

 

3

 

 

4

 

 

5

 

 

7

 

 

8

 

 

9

 

 

10

 

 

13

 

 

 cc

 

 

6