Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Dimensi baru dunia Islam melihat cabaran yang amat banyak terhadap umat Islam dan agensi agama. Pelaksanaan serta tugas memartabatkan Islam cukup mencabar ketika kini terutama dalam membentuk ummah yang sejahtera antaranya melalui institusi keluarga. Institusi keluarga umat Islam juga dilihat semakin rapuh. Tanpa keluarga yang harmoni, anak-anak  akan terlibat dalam kancah negatif seperti pembunuhan, keganasan rumahtangga, penyalahgunaan dadah, arak, vandalism, seks luar nikah, pornografi, gengsterisme dll.  Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk keluarga bahagia  yang jauh dari gejala sosial. 

       Oleh itu Jakim melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)  telah menganjurkanMesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti  Peringkat Jakim dan Jain Tahun 2017. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM.

Antara objektif mesyuarat  ialah :

  • Mengintegrasikan sistem dakwah dan sosial bagi memantapkan individu dan institusi keluarga sebagai pemangkin kepada pembinaan masyarakat madani
  • Membincangkan isu dan program kekeluargaan, sosial dan komuniti antara Jakim dan JAIN
  • Menyelaraskan program keluarga, sosial dan komuniti antara JAKIM dan JAIN
  • Mengembleng keupayaan, kemahiran dan kepakaran secara sistematik dan terancang di antara JAKIM dan  JAIN bagi menyediakan program yang selaras dan mantap.                  

 

Berita 1

 

Berita 3

 

Berita 4