Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Baru-baru ini telah berlangsung Training of Trainers (TOT) Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam dengan jayanya pada 25 April 2018 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor. Program ini menghimpunkan 498 orang penceramah Kursus Praperkahwinan Islam dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Program ini turut dihadiri oleh Jabatan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

Training ini dimulakan dengan taklimat Penambahbaikan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Versi 4 yang disampaikan oleh Tuan Haji Idris bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM. Program diteruskan dengan pembentangan 10 tajuk iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Stres dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan dan Walimatulurus yang disampaikan oleh Tuan Haji Idris bin Ramli dan Puan Rosnahni binti Ismail, Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti.                                                                                                                                           

Majlis penutup Training of Trainers Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Menerusi ucapannya, beliau menekankan kepentingan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam dalam membantu pasangan yang akan menempuh alam perkahwinan. Selain itu, beliau turut mengingatkan peranan dan tanggungjawab penceramah dalam pelaksanaan Kursus Praperkahwinan.

 

pra001

pra002

pra003

pra004

pra005

pra006

pra007

pra009

pra010

pra011

pra012