Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

3 Mei 2018 (Khamis) - Jakim melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan sesi taklimat dan penerangan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara kepada Ahli Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga Islam bertempat di Alor Setar, Kedah.

Susulan dari Teras 5 Pelan Tindakan ini, beberapa sesi taklimat telah diatur khusus kepada agensi pelaksana di peringkat pusat dan negeri bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara dan kaedah pelaksanaannya. Ianya bertujuan bagi memastikan segala objektif kerjasama strategi tercapai dan segala tindakan dan usaha yang dijalankan akan lebih bersepadu, sistematik dan holistik.

Di peringkat negeri Kedah, fungsi pemantauan dan pelaksanaan PTKSN telah diserap ke satu jawatankuasa tetap di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga Islam yang dipengerusikan oleh Tuan Burhanuddin bin Haji Wahab merangkap Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga Islam merangkap Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato Hajah Nafisah Binti Haji Abdullah. Di peringkat Jakim, sesi taklimat dihadiri oleh Tuan Haji Idris bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti merangkap Pegawai Penyelaras bagi Pelan Tindakan ini.

Adalah diharapkan agar penerangan ini dapat memberi kesan positif kepada pelaksanaan PTKSN secara menyeluruh dan memantapkan lagi sistem pengurusan kekeluargaan dari segi program dan aktiviti-akitiviti sedia ada di peringkat negeri kearah yang lebih baik.

talk001

talk002

talk003