Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Pekan, Pahang - 27 Mac 2018 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Seminar Mendepani Cabaran Keibubapaan: Memahami Dan Membentuk Peribadi Cemerlang Anak Peringkat Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Seminar yang diadakan di Dewan Utama, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pekan, Pahang menyasarkan care providers dan healthcare providers’ iaitu agensi-agensi kerajaan, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan Negeri, guru-guru sekolah, tadika, taska dan guru-guru kaunseling, tenaga pengajar Rumah Kebajikan, Rumah Anak-anak yatim, Kelab Pengasuh, NGO-NGO dan individu-individu yang lebih dekat dengan golongan anak-anak di negeri Pahang.

Matlamat utama yang ingin dicapai melalui seminar ini ialah bagi memperkenalkan program-program berbentuk skill dan kemahiran keibubapaan yang sebenar untuk diterapkan kepada sasaran-sasaran yang dekat dengan anak-anak dan remaja.

Objektif seminar ini adalah:

  • Mengemukakan kepentingan pandangan alam (worldview) berasaskan agama serta memahami aspek-aspek penting tentang psikologi manusia dalam membentuk keperibadian cemerlang;
  • Meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan posisi mereka sebagai seorang pembimbing dan melihat para remaja sebagai individu yang mampu digilap potensinya;
  • Membekalkan para peserta dengan tips aplikasi dan metodologi yang berkesan khususnya di kalangan remaja agar dapat berinteraksi dengan mereka secara berkesan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan dihadiri oleh Pengarah JAIP iaitu Datuk Mohamad Noor Abdul Rani. Seramai 640 orang peserta yang telah menghadiri seminar tersebut.

DSC 0047

DSC 0048

DSC 0056

DSC 0067

DSC 0082

DSC 0105

DSC 0097

DSC 0101

DSC 0092