Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Sejak Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Versi 4 dilancarkan pada 21 Februari 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri telah menganjurkan beberapa siri Kursus Asas Penceramah Praperkahwinan Islam di peringkat Negeri.

Antara negeri yang telah mengadakan Kursus Asas Penceramah MBKPI V4 ini ialah :

  1. Jabatan Agama Islam Negeri Melaka yang diadakan pada 26 dan 27 Februari 2019 di Dewan Syarahan, Masjid Al-Azim, Melaka;
  2. Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang diadakan pada 5 – 7 Mac 2019 di Institut Tadbiran Islam (INTIM), Perak;
  3. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang diadakan pada 18 – 20 Mac 2019 di Institut Kemahiran Belia Negara, Kundasang, Sabah;
  4. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah yang diadakan pada 15-17 April 2019 di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah.

Antara objektif yang hendak dicapai melalui Kursus yang diadakan adalah untuk :

  1. Melatih penceramah dan bakal penceramah Kursus Bersepadu Praperkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Versi 4;
  2. Melahirkan barisan penceramah yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan MBKPI V4;
  3. Melahirkan barisan penceramah yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia berpandukan MBKPI V4;

Penceramah dan bakal penceramah Modul telah diberikan pendedahan dan pengisian mengenai 10 tajuk Modul yang telah ditambahbaik iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Stres dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan dan Walimatul Urus.   

 

KURSUS ASAS PENCERAMAH MBKPI V4 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Pra Melaka

 

KURSUS ASAS PENCERAMAH MBKPI V4 PERINGKAT NEGERI PERAK

pra perak

 

pra perak 2

 

pra perak 3

 

KURSUS ASAS PENCERAMAH MBKPI V4 PERINGKAT NEGERI SABAH
 
Pra Kundasang 2
 
 
Pra Kundasang 3
 
 
Pra Kundasang 1 2

 

KURSUS ASAS PENCERAMAH MBKPI V4 PERINGKAT NEGERI KEDAH

pra perak 4

 

pra kedah copy copy

 

pra kedah full