Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG, SELANGOR, (03 – 05 Mei 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Kelab Sahabat Masjid UPM dan Sekretariat Rakan Muda UPM telah mengadakan Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Sosial Islam berpandukan Manual Sukarelawan Sosial Islam, JAKIM di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).


Bengkel ini mensasarkan mahasiswa dan mahasiswi UPM yang sedang berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di peringkat Universiti. Seramai 40 orang dari pelbagai fakulti dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menghadiri bengkel ini. Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk:

 

  • Memberi latihan dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti kesukarelawanan berpandukan Manual Sukarelawan Sosial Islam;
  • Melahirkan barisan sukarelawan sosial Islam yang berkualiti, berpengetahuan mampu membantu masyarakat yang terlibat secara langsung dengan gejala sosial khususnya kepada Komuniti Disayangi seperti gelandangan, PLHIV/AIDS, golongan-golongan LGBT, pekerja seks dan penagih dadah;
  • Membina jaringan kerjasama yang mantap antara agensi agama dan semua sukarelawan sosial Islam dalam usaha membenteras gejala sosial di kalangan umat Islam.


Sejak hari 3 hari 2 malam Bengkel ini berjalan, sebanyak 5 Modul telah disampaikan kepada para peserta iaitu :


MODUL 1 - Pengenalan Asas Sukarelawan Islam yang disampaikan oleh Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat.


MODUL 2 - Jenis Organisasi dan Isu Kesukarelawanan yang disampaikan oleh En. Mohamad Nazri Jamaludin (Kelab Sukarelawan Sosial Islam)


MODUL 3 - Data dan Statistik Gejala Sosial di Malaysia yang disampaikan oleh Dr. Izwan bin Md Yusof, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.


MODUL 4 - Kemahiran-kemahiran dalam Aktiviti Sukarelawan yang disampaikan oleh Cik Noor Azian Baharuddin (Kelab Sukarelawan Sosial Islam)


MODUL 5 - Aktiviti Temuseru yang dikendalikan oleh En. Mohamad Nazri Jamaludin, Cik Noor Azian Baharuddin (Kelab Sukarelawan Sosial Islam) dan Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat (UPM).

 

Manakala latihan praktikal pula telah diadakan di Rumah Solehah Ampang rumah perlindungan yang menempatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Pendedahan melalui pendidikan dan praktikal dalam program ini diharapkan akan menjadikan para sukarelawan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia kesukarelawanan pada masa akan datang. Semoga sukarelawan yang dilatih menjadi pemangkin dan agen peribah demi membantu dan memperkasa dakwah terhadap sasaran Komuniti Disayangi di lapangan.

 

 

Majlis perasmian penutup bengkel ini telah diadakan di Rumah Solehah, Kampung Tasek Permai Ampang, Selangor yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Dan Komuniti, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Keluarga (KSK) JAKIM, Ustazah Norhayati Jaffri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat; Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Kamarul Nizal Idris; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM dan Matron Fadzilah Abdul Hamid; Pengasas Rumah Solehah.

 

TOTUPM04

TOTUPM05

TOTUPM03

TOTUPM02

TOTUPM06

TOTUPM07

TOTUPM01