Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak telah berjaya menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ Seluruh Malaysia Kali Ke-40 pada 9 hingga 11 Julai 2019 bertempat di Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak.

 

Persidangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya ini telah dihadiri oleh semua ahli yang terdiri daripada Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ seluruh Malaysia, pengarah / wakil Pengarah Bahagian di JAKIM, wakil daripada agensi yang berkaitan seperti Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia serta Pegawai Atase Agama Kedutaan Malaysia di Indonesia. Hadir bersama dalam persidangan ini ialah YBhg Dato’ Selamat bin Paigo selaku setiausaha persidangan ini.

 

Persidangan ini merupakan salah satu platform utama bagi membincang dan menyelaraskan pelbagai isu-isu pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di Malaysia melibatkan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan di dalam dan luar negara.

 

Bersempena dengan persidangan tersebut telah diatur satu sesi kunjung hormat ke Jabatan Konsul Jenderal Rebuplik Indonesia di Kuching, Sarawak. Ketibaan delegasi disambut oleh Bapak Yonny Tri Prayitno, Ketua Konsular Jabatan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Sarawak.

kpncr01

kpncr03

kpncr02

kpncr04

kpncr05

kpncr06

kpncr07