Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA 22 Ogos : Bengkel Pembangunan Modul Kerohanian untuk Golongan Gelandangan telah dianjurkan oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Bengkel kali ini menghimpunkan 15 orang Duta Rahmah yang terdiri daripada pakar dalam bidang psikologi, perkembangan awal kanak-kanak, komunikasi, keibubapaan dan kekeluargaan, undang-undang, psikiatri, guru, pensyarah dan pendakwah bebas.

 

 

Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pendidikan JAKIM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut membentangkan modul sedia ada dan berkongsi pengalaman dalam menjalankan program kepada kumpulan sasar. Sesi bengkel ini juga turut dihadiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

 

 

Modul yang dibangunkan ini akan digunakan sebagai rujukan para sukarelawan yang menjalankan program kerohanian di Pusat Pembelajaran Komuniti di Chow Kit, Kuala Lumpur. Kandungan modul ini selari dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk Gagasan Negara Rahmah dengan membawa Rahmatan Lil Alamin kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia berpaksikan Maqasid Syariah yang mengutamakan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut acuan Model Malaysia.

 

Diharapkan modul ini akan menjadi rujukan dan panduan bukan sahaja di Chow Kit tetapi di pusat-pusat pembelajaran komuniti di seluruh negara.

 

Modul RC07

Modul RC05

Modul RC01

Modul RC02

Modul RC03

Modul RC06

Modul RC04

Modul RC08

Modul RC09

Modul RC010