Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Dialog Mawaddah Bersama Komuniti Disayangi (Transgender) pada hari Jumaat, 17 Julai bermula jam 3 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Bahagian Dakwah JAWI, Masjid Wilayah Persekutuan dan Yayasan Ihtimam Malaysia.
 
Seramai 25 orang peserta daripada beberapa NGO Komuniti Hijrah Transgender seperti Persatuan Insaf Pahang, My Hijrah My Adventure, Pertubuhan Hijrah Republique, Darul Modahis Komuniti Disayangi Ipoh serta Usrah Fitrah di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor.
 
Di antara tetamu jemputan yang hadir bersama dalam program ini ialah Dato Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Ustaz Zuhairee bin Md Yatim, wakil Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Che Khalek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustazah Hafizatulakmal bin Abdul Jalil, Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor. Majlis dialog dikendalikan oleh Tuan Marzuki bin Hassan, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
 
Dapatan dialog semalam merumuskan supaya isu kebajikan, bimbingan kerohanian dan kesihatan diberikan perhatian, serta pendekatan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dalam membimbing komuniti disayangi transgender untuk menjalani kehidupan yang lebih baik yang selari dengan tuntutan Syariat dapat dijadikan model untuk dicontohi.
 
Pihak JAKIM dan JAWI akan meneliti semua cadangan oleh semua NGO Komuniti Hijrah Transgender berkenaan dan akan berusaha utk merealisasikan semua cadangan dan saranan tersebut.
 
Prog Dialog Mahabbah Caw Sosial KSK 2020.2Prog Dialog Mahabbah Caw Sosial KSK 2020