Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

29 September 2020- Program Seminar Fiqh An-Nisa Secara Kerjasama Antara Bahagian Hal Ehwal Islam dan JAKIM telah berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Tuanku Mizan, UITM Shah Alam. Alhamdulillah seramai 88 orang peserta yang hadir

terdiri daripada para Pegawai Hal Ehwal Islam Kampus Cawangan UITM dan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM.

Selain menampilkan empat orang barisan penceramah hebat seperti Ustazah Isfadiah binti Dasuki, Ustazah Asma binti Harun, Ustazah Muzayyanah binti Abdullah dan Ustazah Yuhaniz Mohd Yusop, program ini juga turut disiarkan

secara langsung menerusi Youtube UITM Channel dan Facebook Masjid UITM Shah Alam.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Lokman bin Ab. Rahman, Pengarah Keluarga Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan diiringi bersama Ustazah Norrihah Mohd Nadzir, Timbalan Pengarah 1 Bahagian Hal

Ehwal Islam Pejabat Naib Canselor UITM.

Antara intipati yang disebut di dalam ucapannya adalah tentang keistimewaan golongan wanita yang dirakamkan dalam Surah An-Nisa, iaitu surah keempat yang menceritakan betapa tingginya darjat dan kedudukan wanita

di dalam Islam. Sifat Qawwam kaum lelaki yang disebut di dalam surah ini bukan sekadar menekankan tentang kekuatan lelaki sebagai pelindung wanita tetapi menunjukkan betapa besarnya nilai wanita sehingga perlu dijaga, dilindung oleh lelaki atas dasar peranan

dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai seorang wanita.

Klik link ini untuk lihat video:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=682325515716291&id=495349320499420&__tn__=%2As%2As-R

#SeminarFiqhAnnisa

#DiaWanitaLuarBiasa

IMG 20201002 WA0029 ilaniIMG 20201002 WA0030 ilniIMG 20201002 WA0031 ilaniIMG 20201002 WA0032 ilani