Kurator Berita : Bahagian Penerbitan

JAKIM LANCAR TAFSIR AL-QURAN DALAM E-BRAILLE, BAHASA MANDARIN

 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kjuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan program kerjasama Majlis Pelancaran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qur’an versi Mandarin dan Braille al-Qur’an berjalan serentak dalam satu majlis disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof. Usaha terjemahan al-Qur’an kepada bahasa Mandarin dan al-Qur’an dimasukkan ke dalam e-Braille, dilihat memudahkan umat Islam memahami dan menghayati al-Qur’an dalam pelbagai bahasa dan media.

       YB Datuk Seri Dr Mujahid berkata, “usaha ini amat penting sebagai satu medan dakwah yang sentiasa diterokai. Antara kelebihan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qur’an versi Mandarin adalah penggunaan bahasa mudah, berbanding kitab tafsir diedarkan oleh Arab Saudi yang menggunakan terjemahan perkataan agak sukar difahami.” Beliau juga memuji kerjasama strategik Jakim dengan pelbagai NGO Cina Muslim dalam menjayakan misi dakwah.

       Peralatan e-Braille Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , sebuah mesin taip braille elektronik berteknologi tinggi mula dibina sejak tahun 2009 dan berjaya dihasilkan pada tahun 2016 dengan kos RM17,000.00 sebuah. Dengan memasukkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qur’an ke dalam e-Braille ini amat memberi manfaat kepada golongan orang kurang upaya (OKU)   bagi memahami dan menguasai al-Qur’an. peralatan elektronik.Dalam majlis ini, Perjanjian Persefahaman MoU antara kerajaan Malaysia dengan UTM ditandatangani.

       Menurut YB Datuk Seri Dr Mujahid lagi, “adalah dicadangkan agar Jakim dapat menerbitkan   Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qur’an versi baharu yang lebih berkualiti, mnarik dan mesra pelanggan. Hal ini penting supaya kitab ini dapat dimanfaatkan lebih menyeluruh dan bersesuaian dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan oleh kerajaan.”

 

PGMW4961

DZCO1880

CCJJ6785

 

XOHX3365

 

QMGT4983