Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
13 Februari 2019 – PUTRAJAYA

Semua Penerbit Rancangan Agama di Bahagian Penyiaran JAKIM telah memberikan taklimat berkaitan kandungan program-program TV, radio dan media digital interaktif JAKIM kepada YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM.
 
“Program-program agama terbitan JAKIM mestilah menonjolkan 3 teras utama pentadbiran Islam iaitu, Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan model Malaysia” – kata Dato’ Haji Paimuzi Yahya ketika memberikan amanat kepada semua penerbit rancangan.
 
Taklimat yang diurusetiakan oleh Seksyen Penyelarasan dan Kandungan telah dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh Puan Hajjah Misliyyah bt. Haji Rusli, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyiaran dan seterusnya pembentangan semua penerbit yang menerbitkan program dalam pelbagai bahasa dI saluran RTM. Semoga penyiaran JAKIM terus berperanan menyampaikan nilai-nilai Islam dan mesej-mesej dakwah kepada masyarakat dan ummah.
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 1
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 2
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 3
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 4
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 5
 
TKPO Bertemu Penerbit Rancangan JAKIM 6