Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
7 November 2019- Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, pihak pengurusan dan para Penerbit Rancangan Bahagian Penyiaran JAKIM telah berkampung selama 3 hari bermula 5-7 November 2019 dalam Bengkel Pemurnian Program TV Penyiaran JAKIM untuk tahun 2020.
 
Bengkel dimulakan dengan slot yang dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd Faizul Ikhwan bin Ehsan, pembimbing bina insan. Selain itu, Tuan Haji Zainal Ariffin bin Ismail, ikon siarawan negara dan mantan Penerbit Eksekutif di Primeworks Studio, Media Prima turut dijemput berkongsi berkaitan resipi kejayaan rancangan-rancangan agama di stesen TV manakala Encik Abdul Manap bin Abdul Hamid, mantan pengawai kanan RTM telah mengendalikan slot perkongsian penerbitan rancangan di TV.
 
Puan Hajjah Misliyah binti Haji Rusli, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyiaran dalam ucapannya telah menzahirkan penghargaan kepada semua Penerbit Rancangan Penyiaran JAKIM atas komitmen tinggi menerbitkan rancangan berkualiti di TV dan Radio JAKIM di saluran RTM. Adalah menjadi harapan pada tahun 2020, rancangan terbitan Penyiaran JAKIM akan terus diperkasakan dalam menyebarkan nilai-nilai Islam dan pendekatan Rahmah kepada masyarakat.
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 1
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 2
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 3
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 4
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 5
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 6 
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 7
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 8
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 9
 
Rancangan TV Penyiaran JAKIM 2020 Diperkasa 10