Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
29 Jun 2020 – Bertempat di Konti Radio Salamfm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kompleks Islam Putrajaya, YBhg. SS Dr Luqman bin Haji Abdullah telah ditemubual dalam rancangan Meja JAKIM. Rancangan selama sejam ini telah disiarkan secara langsung di FB JAKIM mulai jam 2.00 petang.
 
Topik yang dibincangkan “Nasihat Dalam Islam” bersama penyampai Radio Salamfm, Saudara Shahir Bakqie Salim. Antara yang disentuh oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan adalah berkaitan adab-adab memberi nasihat selain keperluan untuk berlapang dada apabila menerima nasihat. Bahagian Penyiaran JAKIM merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. SS Mufti Wilayah Persekutuan atas perkongsian dan bimbingan ilmu yang dicurahkan.
 
Bahagian Penyiaran JAKIM melalui Radio Salamfm akan terus mengundang tokoh-tokoh agamawan dan ikon dakwah dalam memberikan pengisian kandungan-kandungan Islam kepada masyarakat. Seperti yang sedia maklum, Radio Salamfm yang dikendalikan Penyiaran JAKIM telah mula beroperasi sejak 15 Februari 2009.
 
Mufti Wilayah Ditemuramah Radio Salamfm 1
 
Mufti Wilayah Ditemuramah Radio Salamfm 2
 
Mufti Wilayah Ditemuramah Radio Salamfm 3
 
Mufti Wilayah Ditemuramah Radio Salamfm 4