Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
“Guru yang menginspirasi tahu bahawa sentiasa ada batu-batu di jalan yang menghalang. Batu-batu tersebut boleh jadi batu penghalang atau batu loncatan; bergantung bagaimana kita memanfaatkan batu tersebut.”- Kata-kata Hikmah
 
Pada hari ini, profesion keguruan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sekadar penyampai ilmu dan maklumat sahaja malah lebih daripada itu. Nilai akauntabiliti seseorang guru itu diukur dengan melihat kebolehupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah murid sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
 
Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan 3 siri Latihan Profesionalisme Guru KAFA bagi fasa yang pertama pada bulan Februari 2019 yang melibatkan seramai 200 orang Guru KAFA JAKIM bagi negeri di zon tengah dan selatan. Bagi siri pertama diadakan pada 11 hingga 14 Feb 2019 (Negeri Melaka dan Negeri Sembilan) bertempat di Kompleks Falak AL-Khawarizmi Masjid Tanah Melaka kemudian diikuti siri yang kedua pada 18 hingga 21 Februari 2019 (Wilayah dan Selangor) bertempat di Kem Bina Negara, Nilai Negeri Sembilan dan siri ketiga pada 25 hingga 28 Februari 2019 (Negeri Johor) yang diadakan di IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor.
 
Sehubungan dengan itu, penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Guru KAFA bersesuaian dengan aspirasi negara dalam memperkasakan modal insan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.
Program ini merupakan latihan yang wajib diikuti oleh guru KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia dengan menggunakan modul latihan yang sama. Seramai 5 orang penceramah/fasilitator dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam pengurusan PdP kepada semua peserta.
 
Sebanyak 5 slot ceramah dan 5 slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) peserta diberi penerangan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai tanggungjawab dan peranan Guru KAFA, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan serta latihan penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian (RPH) yang tepat dan berkualiti mengikut standard yang ditetapkan.
 
Majlis Perasmian Penangguhan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan JAKIM. Majlis turut dihadiri oleh wakil Jabatan Agama Islam Negeri yang menjadi tuan rumah bagi setiap siri program yang dilaksanakan.
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 1
Sesi bergambar kenangan pengurusan JAKIM dan JAIN bersama peserta Program Latihan Profesionalisme Guru KAFA Zon Tengah 1
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 2
Sesi bergambar kenangan pengurusan JAKIM dan JAIN bersama peserta Program Latihan Profesionalisme Guru KAFA Zon Tengah 2
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 3
Sesi bergambar kenangan pengurusan JAKIM dan JAIN bersama peserta Program Latihan Profesionalisme Guru KAFA Peringkat Negeri Johor
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 4
Sesi penerangan kepada peserta sebelum membuat tugasan kumpulan
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 5
Sesi penerangan kepada peserta sebelum membuat tugasan kumpulan
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 6
Sesi penerangan kepada peserta sebelum membuat tugasan kumpulan
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 7
Sesi Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
 
Latihan Profesionalisme Guru KAFA Ke Arah Melahirkan Guru Kompeten 8
Praktikal pengajaran makro oleh peserta