Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) KE ARAH MELAHIRKAN GURU KOMPETEN - FASA KEDUA BAGI TAHUN 2019
 
Pada hari ini, profesion keguruan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sekadar penyampai ilmu dan maklumat sahaja malah lebih daripada itu. Nilai akauntabiliti seseorang guru itu diukur dengan melihat kebolehupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah murid sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
 
Justeru, pada kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) meneruskan lagi siri latihan profesionalisme ke negeri-negeri Zon Utara iaitu negeri Kedah dan Perlis (Siri ke-4) pada 4-7 Mac 2019 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah kemudian disusuli oleh negeri Pulau Pinang dan Perak (Siri ke-5) pada 11-14 Mac 2019 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Seberang Perai Pulau Pinang. Program Latihan siri Latihan Profesionalisme Guru KAFA bagi fasa yang kedua bagi tahun 2019 yang melibatkan seramai 160 orang Guru KAFA JAKIM.
 
Bagi program siri ke- 4, Majlis Penangguhan Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Sheikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, BCK, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Manakala bagi program latihan siri ke-5, Majlis Penangguhan Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Nazzer bin Abd Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
 
Penganjuran majlis ini amat signifikan dengan situasi dan keperluan semasa, bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Guru KAFA bersesuaian dengan aspirasi negara dalam memperkasakan modal insan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.
 
Program ini merupakan latihan yang wajib diikuti oleh guru KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia dengan menggunakan modul latihan yang sama. Seramai 5 orang penceramah/fasilitator yang diketuai oleh Puan Jamilah binti Mohd Noor, Ketua Jabatan

Jabatan Pedagogi Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada semua peserta.
 
Sebanyak 5 slot ceramah dan 5 slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) peserta diberi penerangan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai tanggungjawab dan peranan Guru KAFA, kaedah dan teknik PdP yang berkesan serta latihan penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian (RPH) yang tepat dan berkualiti mengikut standard yang ditetapkan.
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 1
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 2
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 3
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 4
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 5
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 6
 
LATIHAN PROFESIONALISME GURU KAFA ZON UTARA 2019 7