Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan pada 5 hingga 8 Ogos 2019 bersamaan 4 hingga 7 Zulhijjah 1440H bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk mempertingkat profesion penyelia KAFA merangkumi pembangunan aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan kecekapan melalui proses pembelajaran bagi mencapai proses kerja yang efektif seterusnya mampu mewujudkan pengurusan KAFA yang berkualiti.
 
Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini melibatkan seramai 76 orang penyelia KAFA yang terdiri dari negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 4 orang penceramah diketuai oleh Puan Jamilah binti Mohd Noor dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Berkualiti dengan Penerapan Nilai dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada peserta.
 
Majlis Penangguhan program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yosree bin Haji Ikhsan, Timbalan Pengarah Pendidikan Agama Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 1
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 2
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 3
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 4
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 5
 
Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Selatan Tahun 2019 6