Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Pada 27 Julai 2020- telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan KAFA Negeri Kelantan Bil 2 2020 bertempatkan di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, ILIM Besut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Nor Jihan binti Salleh@ Md Ghazali, Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Negeri Kelantan dan dihadiri barisan Penyelia KAFA seluruh Negeri Kelantan.

Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan berkenaan gerak kerja SPKK termasuk Pembukaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ekoran pandemik Covid-19, Pelaksanaan dan Perancangan Program bagi SPKK dan Daerah dan Laporan Prestasi Perbelanjaan Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

mesyuarat pengurusan KAFA 1

mesyuarat pengurusan KAFA 2

mesyuarat pengurusan KAFA 3

Bahagian pendidikan
JAKIM