Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Bangi, 19 Ogos – Cawangan Pengurusan KAFA, Kurikulum dan Latihan (Unit Latihan), Bahagian Pendidikan JAKIM dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah mengadakan Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz pada 19 Ogos 2020 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Seramai 40 orang pengetua institusi tahfiz swasta dari kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor telah menyertai sesi ceramah ini.

Ceramah ini memberi pendedahan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi memberi kefahaman dan kesedaran dalam bidang keselamatan dan kesihatan, persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada para guru, pentadbir dan murid di institusi tahfiz dan pelaksanaan pengenalpastian ancaman dan pengurusan risiko berkaitan keselamatan dan kesihatan dengan fokus kepada situasi pandemik semasa COVID-19.

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 6

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 1

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 3

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 2

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 4

Ceramah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Tahfiz 5

Bahagian Pendidikan
JAKIM