Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Putrajaya, 19 Ogos 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Kurikulum Kelas Al-Qur’an dan Fardu Ain (KAFA) Tahfiz. Mata Pelajaran Tahfiz Al-Qur’an merupakan mata pelajaran baru dalam Kurikulum KAFA Baharu yang mula digunapakai tahun 2020.

Bengkel yang telah dijalankan pada 17 hingga 19 Ogos 2020 di Kompleks Islam Putrajaya telah dihadiri oleh 20 orang Pensyarah Institut Pendidikan Guru, pegawai Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam JAKIM, pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM, pegawai Darul Qur’an, penyelia dan guru KAFA.

Antara objektif bengkel adalah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kurikulum KAFA Tahfiz untuk dijadikan sebagai panduan oleh pentadbir, penyelia dan guru di negeri-negeri dalam melaksanakan KAFA Tahfiz seluruh negara.Bengkel tersebut telah berjaya membangunkan draf pertama Garis Panduan Pelaksanaan KAFA Tahfiz.

YBhg Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd. Rani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM telah merasmikan bengkel tersebut. Antara ucapan beliau adalah memberi tumpuan kepada penambahan Mata Pelajaran Tahfiz Al-Qur’an dalam Kurikulum baru dapat membantu dan memberi peluang kepada pelajar yang meminati aliran Tahfiz untuk membuat persediaan mengikuti aliran Tahfiz di peringkat yang lebih tinggi.

bengkel kafa tahfiz

bengkel KAFA tahfiz

Bahagian Pendidikan
JAKIM