Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Pada 26 & 27 Ogos 2020 telah berlangsung Taklimat Guru KAFA Baharu Lantikan Ogos 2020 Negeri Kelantan bertempat di Dewan Ibnu Mas’ud, ILIM Kampus Besut, Terengganu. Guru KAFA yang dilantik adalah seramai 230 melibatkan 9 daerah iaitu Bachok, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tumpat, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Taklimat disampaikan oleh Puan Siti Nor Jihan binti Saleh @MD Ghazali (Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan). Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada guru-guru baharu tentang pelaksanaan KAFA di Kelantan. Ketua Seksyen juga menyampaikan beberapa amanat penting sebelum guru-guru baharu melapor di sekolah yang telah ditetapkan. Guru-guru juga diberi kefahaman tentang matlamat KAFA dan peranan guru-guru KAFA di dalam membentuk sahsiah murid yang unggul di dalam proses kemenjadian murid. Selain itu guru-guru juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan dan barisan Penyelia KAFA Kelantan dengan lebih dekat lagi.

Di dalam sesi taklimat ini diadakan upacara penyampaian surat pelantikan oleh Ketua Seksyen SPKK kepada wakil guru KAFA dan juga bacaan ikrar dibaca oleh semua guru. Selain itu juga turut diselitkan upacara nyanyian lagu Merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 63 Tahun. Majlis taklimat bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.

taklimat g KAFA kelantan 1.jpg5

taklimat g KAFA kelantan 1.jpg8

taklimat g KAFA kelantan 1.jpg6

taklimat g KAFA kelantan 1.jpg7

taklimat g KAFA kelantan 1.jpg 11

taklimat g KAFA kelantan 10

taklimat g KAFA kelantan 1

Bahagian Pendidikan
JAKIM