Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Kota Kinabalu, 10 September– Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama JAKIM (Bahagian Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Bimbingan Guru Bagi Penyerapan Ilmu Keselamatan Jalan Raya pada 9-10 September 2020 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Sabah.

Para peserta yang telah menyertai sesi bimbingan ini merupakan guru sekolah menengah dari Sabah dan Labuan.

Bimbingan ini melengkapkan kemahiran guru-guru dalam menerapkan ilmu keselamatan jalan raya kepada murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Penyampaian bimbingan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Low Suet Fin, Jurulatih Utama Kebangsaan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa KPM.

Program ini telah diadakan dengan jayanya dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP kesihatan dan keselamatan semasa.

bengkel jalanraya labuan sabah 1

bengkel jalanraya labuan sabah

bengkel jalanraya labuan sabah 3

bengkel jalanraya labuan sabah 2

Bahagian Pendidikan
JAKIM