Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelia KAFA Negeri Sabah telah diadakan pada 14 - 15 sept 2020 di Shangri-La Hotel, Kota Kinabalu, Sabah melibatkan 47 orang penyelia KAFA seluruh Sabah.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk berkongsi input baharu berkaitan pengurusan KAFA amnya serta menambah nilai ilmu & kefahaman kepada para peserta. Pengisian kursus juga ditambah nilai dengan p3ndedahan berkaitan dunia teknologi masa kini agar penyelia dapat berjalan seiring dalam arus kemodenan masa kini.

Turut diisi juga di dalam kursus ini dengan sesi Libat Urus penyelia KAFA bersama Pengurusan Tertinggi JAKIM bagi membincangkan permasalahan dan isu-isu berkaitan pengurusan dan penyelia KAFA dinegeri Sabah khususnya. Kursus ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan berjalan dengan jayanya hasil kerjasama dari semua pihak yang terlibat.
 
14 15 sep 2020
 
14 15 sep 2020 5
 
14 15 sep 2020 7
 
14 15 sep 2020 2
 
 
 
14 15 sep 2020 4
 
14 15 sep 2020 3
 
14 15 sep 2020 1
 
Bahagian Pendidikan
JAKIM