Kurator Berita : Bahagian Khidmat Pengurusan

Setiap kerajaan bagi sesebuah negara memerlukan sistem keselamatan dari semua aspek dalam menjana pentadbiran dan pengurusan yang terbaik ke arah negara maju dari semasa ke semasa. Di dalam sistem pentadbiran Islam menyatakan sistem keselamatan ini dikenali sebagai sistem hisbah. Justeru itu, dalam memperkenalkan kembali sistem ini kepada pentadbir, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil pendekatan dengan mengadakan satu program khusus kepada anggota penguatkuasa DBKL iaitu Simposium Hisbah Negara 2015 yang telah diadakan pada 10 Disember 2015 bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 
         Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan penguatkuasa DBKL bahawa sistem penguatkuasa ini adalah salah satu daripada sistem hisbah yang telah dilaksanakan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Bezanya sistem yang diamalkan di Malaysia ini dipecahkan mengikut bidang masing-masing contohnya peranan Jakim dalam menyelaras dan menjaga kepentingan ummah manakala DBKL pula adalah menjaga keselamatan lalu lintas, menjaga harta awam dan sebagainya. Begitu juga dengan Jabatan Audit Negara, Pusat Pungutan Zakat, PDRM dan banyak lagi yang termasuk di bawah sistem hisbah di dalam Islam.
 
Beberapa tajuk telah dibentangkan dalam program ini antaranya ialah :
 
Slot 1 :
Tajuk : Hisbah Dalam Konteks Negara Malaysia
Oleh : Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)
Universiti Sains Islam Malaysia
 
Slot 2 :
Tajuk : Maqosid Syariah : Peranan Hisbah Dalam Pentadbiran bernegara.
Oleh : YBhg. Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar
Timbalan Pengarah
Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
 
Slot 3 :
Tajuk : Rasuah : Ingat Zuriat Sebelum Terlambat
Oleh : YBhg. Us. Wan Jaapar bin Wan Ahmad
Ketua Penguatkuasa
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 
        Majlis Perasmian Penutup Simposium ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan, Jakim. Turut hadir dalam majlis ini adalah Saudara Dasartha Vital Roa, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan YBhg. Us. Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah. Kehadiran dan komitmen para peserta pada simposium ini adalah sangat menggalakkan.
 
          Secara keseluruhannya, simposium ini  sangat berjaya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan kerana kebanyakkan para peserta terdiri daripada para pegawai penguatkuasaan DBKL. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha menjelaskan kepada umum bahawa agama Islam ini merangkumi segala keperluan kehidupan manusia termasuklah sistem keselamatan dalam negara.
 
 
Simposium Hisbah Negara 2015 1
 
Simposium Hisbah Negara 2015 2
 
Simposium Hisbah Negara 2015 3
 
Simposium Hisbah Negara 2015 4
 
Simposium Hisbah Negara 2015 5
 
Simposium Hisbah Negara 2015 6
 
Simposium Hisbah Negara 2015 7
 
Simposium Hisbah Negara 2015 8