Kurator Berita : Masjid Putra
PUTRAJAYA – Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor (HAQ-s), Tilawah Tahsin Bestari serta kerjasama Masjid Putra, Putrajaya selaku penaja fasiliti utama.

Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-43 itu telah disertai oleh kira-kira 3000 orang yang hadir dari seluruh pelusuk negara dengan tujuan memartabatkan kemuliaan dan keagungan al-Quran Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w

Ustazah Nawiyah binti Abu, Pengerusi HAQ-s di dalam ucapan aluan beliau menekankan adab-adab dan etika muslimah dalam membaca al-Quran.

Sementara itu, Ustaz Haji Lukman bin Mohd Hosni, Penolong Pengarah Kanan Unit Ibadah dan Dakwah Masjid Putra ketika berucap merasmikan majlis telah mengingatkan para hadirin supaya berpegang dengan Al-Quran dan beramal dengan al-Quran serta menyampaikan initipati al-Quran.

“Kalau kita hendak dimuliakan dalam kehidupan kita, taatlah kepada Allah s.w.t dengan cara jalan mempelajari al-Quran, memahami dan beramal dengannya (al-Quran)“ tambah beliau lagi.

Selain bacaan 30 juz al-Quran, majlis turut diserikan lagi dengan laungan selawat beramai-ramai dan amalan sunnah tahnik kepada lima orang bayi yang baru lahir.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Maulana Iqbal Zain dan Ustaz Mahmoud Wassobi Al-Yamani serta para pegawai Masjid Putra, Putrajaya.
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 1
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 2
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 3
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 4
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 5
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 6
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 7
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 8
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 9
 
Masjid Putra Lokasi Pilihan Majlis Khatam Al Quran 10
 
 
 
Foto : Ustaz Muktasyaf Ibrahim